Wednesday, September 29, 2010

Mayat Isteri Diserang Ribuan Lintah

Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih
menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan
individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin!

Kisah ini menceritakan mengenai azab seksa seorang wanita yang berkahwin
tetapi masih melakukan seks bebas. Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh
Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En.Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung
Tasik Berangan , Pasir Mas, Kelantan.Kini beliau bergiat cergas berikhtiar
mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat
cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya.Semoga kita mendapat
manfaat dan pengajaran darinya.


"Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis
mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita
walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit
putih dan memiliki bentuk badan yang menarik." En.Idris memulakan cerita.

"Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu
dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu
hanya seorang petani di kampung. Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak
dikawal oleh kerajaan seperti sekarang." Tambah beliau.

"Maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari
Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh
menampung hidup seharian sahaja." Jelas En.Idris.

Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui
pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau
berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan.
Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek
ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.
Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk
rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah
juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin
percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib
keluarganya.

Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup
namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza
dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang
banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan
mewah sebegitu.Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja,
sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.
Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa
disedarinya

Pada awalnya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat
pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup
masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu. Namun
setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai
kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa
balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa
membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan
penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka
menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak
puas hati berkenaan.

Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah
memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri
dirinya. Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku
setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan.
Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan
sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan
tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah
mampu membeli emas yang banyak. Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang
sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki
malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta
masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian
semata-mata mencari sedikit kemewahan.

Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita
sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja. Husin yang sudah lewat 50an mungkin
juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih
bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada
wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau
tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam
dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu
kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah
dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh
salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan
matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut
merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir
dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.

Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan
jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa
untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad
tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan
mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi
namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi
liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar
biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang
lahadnya.

Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil
kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak
perempuannya kata anaknya itu,

"Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu, saya terletak kad pengenalan atas
jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur"

Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa
memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah
Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi. Maka kubur itu digali semula,
alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya
sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah
namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor
ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana
ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi.

Kejadian itu amat pelik sekali. Setelah itu mayat Jamilah terpaksa
dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk
mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi
kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu
berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya
mendapatkan kad pengenalannya itu.

Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah
pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat
kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi
Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak. Saya boleh
memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari
daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar.

Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita
nescaya dosanya amatlah besar. Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung
bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina.
Nauzubillah… Hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak. Di dunia
lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya
tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita , minta
disisihkan Allah. Istigfar!

No comments: