Monday, March 28, 2011


as salam semua.. macam yang korang semua tau, aku tak suka sangat tulis pasal diri sendiri, nanti aku tak nak ada orang cakap bannga diri, riyak, sombong, hidung tinggi, ape lagi yang sesuai ek? =p

tapi kali ni ak saje je rasa ringan hati nak menulis kat sini, tak nak membazir kertas bak kata orang.. masuk hari ni, da berape hari aku diberikan amanah untuk jadi mengepalai sebuah kelab, macam yang korang boleh tengok logo kat atas ni, ProDEC.. maksudnya kelab kejuruteraan rekabentuk produk (product design engineering club)

aku tak tau macam mana dorang ni boleh setuju aku jadi presiden merangkap pengerusi kelab ni, sedangkan aku baru tahun 2 pengajian, ramai lagi senior yang berkelayakan dari aku, untuk memimpin sebuah kelab yang boleh tahan jugak la besarnya.. heh..=p

aku pun sekarang ni still blurr lagi, tak tau ape yang seharusnya aku buat untuk jadikan kelab ni lebih baik dari sebelumnya dengan banyak aktiviti yang bermanfaat untk ahli-ahli kelab ni, rasa cuak pulak ak nk mempengerusikan mesyuarat yang tak tau la bila nak langsung, maybe minggu ni kot. sebab aku yang kena tetapkan tarikh.. hehe

aku harap sangat dapat pimpin kelab ni sebaik mungkin, dapat mengharumkan nama universiti aku, Universiti Malaysia Perlis, logonya pandai-pandai la korang cari ek.. huhu

kalo sape-sape yang melawat blog aku ni, sudi-sudikan la tinggalkan komen untuk aku, nasihat ke, panduan ke untuk ak jadi seorang pemimpin yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebab aku tak nak pandai kritik orang, tapi aku nak memimpin dengan cara yang sebetulnya..


terima kasih pada rakan-rakan yang sentiasa menyokong aku dan sentiasa memberi tunjuk ajar kat aku.. moga aku dapat jalankan amanah dengan sebaiknya tanpa mengabaikan apa yang tak sepatutnya.. semoga Allah SWT tidak membutakan aku dengan kuasa dunia tetapi memberikan rahmat kepada hamba-Nya yang hina ini agar memimpin dengan cara yang diredhai-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin..


da 4.50 da ni, tak tido lagi, esok da la kelas pukul 11, ate mike tido dulu yer.. rindu pulak kat mak.. haishh


- dari skrin laptop Pengerusi Kelab Kejuruteraan Rekabentuk Produk (ProDEC).. hatcheh! haha...XD

2 comments:

kakak misai said...

- utk jadi seorg leader yg bag0s...anda harus lah berfikiran jauh ya...dan betanggungjawab dlm mjalani amanah yg diberikan...dan jgn terlalu skema...nnt ahli kelab bosan...hahahahahhaaha~~ pergh....
nnt meeting..rec0rd na....kami nk tgk...presiden ni bckp...hahahaha! apep0n...jadikan ni sbg pengalaman dlm hidup utk dijadikan pengajaran di masa hadapan :) tahniah~~

Anonymous said...

it's lonely up there...:)