Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang  diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, Tidak demi  langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara  itu
Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan  dirimu sendiri ke dalam dosa
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru  ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, mana saksi2 yg engkau  maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja. 
Jawab malaikat, Inilah saksi-saksimu 
Tiba-tiba mata berbicara, Saya yang memandang, 
disusuli dengan telinga,Saya yang mendengar perkara itu
Hidung pun tidak ketinggalan, Saya yang mencium 
Bibir pun mengaku dengan slumbernye, Saya yang merayu
Lidah menambah dengan berani, Saya yang menjilat dan menghisap
Tangan tanpa malu meneruskan, Saya yang meraba dan meramas
Kaki pula menyusul, Saya yang berjalan dan berlari semasa itu 
Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian  tentang perbuatan aibmu, ujar malaikat. Orang tersebut x dapat  membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana  sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia  amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala  dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat  lembut dari sehelai bulu mata berbunyi,  Saya pun ingin mengangkat  sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini. Malaikat menjawab  dengan tenang, Silakan wahai bulu mata 
Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening,  aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala  perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji,  apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu  mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil  sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan  air mata penyesalan.
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka  dan segera dihantar ke syurga:
Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu  mata..
 
1 comment:
wah,bgus crita ni
Post a Comment