By: Datuk Dr Fadzilah Kamsah
Tarikh lahir  kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita.  Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu  kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor  tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita  menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita  ada. Contoh: 12 April 1974, 12 + 4 + 1974 = 1990, 1 + 9 + 9 + 0 = 19,
 1  + 9 = 10, 1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1) Keterangan nombor lahir.. kalu no: 8.. tuh power giler tuh ! 
1. Ketulenan  Hadir dengan idea baru.Memperolehi sesuatu dengan cara yang  tersendiri.Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik  diplomasi. Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan  kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik  mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik  atau lebih baik.Berfikirlah secara terbuka. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk  Hogan,Coral Burnett, Wynonal Judd Nancy, Reagan, Requel Welach 
2. Pendamai Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya  sendiri. Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Mereka  tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;tetapi mereka sanggup  untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. Golongan ini  secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar ntuk meningkatkan nilai  kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna,  Whoppi Goldberg,Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart. 
3. Ceria  Golongan ini merupakan golongan yang idealistik. Mereka sangat kreatif, sosial,  mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.Mereka suka memulakan sesuatu tetapi  jarang dapat menghabiskannya.Mereka suka orang lain gembira dan sanggup  melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.Golongan  ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik. Golongan  terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby,  Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster 
4. Konsevatif Golongan ini sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan  sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang  apa yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka suka bekerja keras dan sangguh  melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti  luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk  bersabar,tekun dan adakala dianggap degil. Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan  bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. Golongan terkenal yang mempunyai  nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner,  Paul Hogan 
5. Perintis  Mereka adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan  suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka,  mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap  situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah  terhenti. Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan  mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte  Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark  Hamil. 
6. Romantik  Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan  mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan  menjaga seseorang. Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.  Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. Golongan ini harus belajar apakah yang boleh  diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver,  Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn 
7.  Intelektual Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang  tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan  mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan  untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka  sangat suka berahsia. Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan  mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille  Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana 
8.  Penyelesaian Golongan ini adalah penyelesaian masalah. Mereka adalah profesional,  berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai  perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka  sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.  Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah  ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George  Harrison, Mohd Anuar Jaafar Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin,Nostrodamus. 
9. Pelakon  Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat  penyayang dan pemurah.Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah  untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang  dianggap asing kepada mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).  Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. Golongan  terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine,  Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley
 
1 comment:
saya no 8....tp xde la power sgt...
Post a Comment