Monday, April 26, 2010

Balang Kaca

Seorang pensyarah di Kolej Safir yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia
memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para
pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan.

Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan
secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan
meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh.
Kemudian, Dr. Izwan bertanya, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini
sudah penuh?". Para pelajarnya menjawab, "Ya, balang kaca itu sudah penuh".


Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan
menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di
celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan bertanya lagi,"Wahai
para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya", jawab para
pelajarnya.


Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah
pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca
tersebut. Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi,, "Wahai para pelajarku,
adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya", jawab para pelajarnya yang nampaknya
agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan..


Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca tersebut dengan air
kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil. Suasana di dalam dewan
kuliah mula hingar-bingar seketika. Dr. Izwan sambil tersenyum sinis
bertanya,"Adakah balang kaca ini sudah penuh?. Para pelajarnya menjawab, "Ya,
sudah penuh".


Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil bangun dan
bertanya,"Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?". "Baiklah saya akan terangkan
sebabnya.... balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu
pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam
kehidupan kamu seperti agama kamu, amal ibadah, pelajaran, ibubapa, keluarga dan
sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kamu tetap juga penuh. Manik-manik
kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kamu seperti rumah, kereta,
pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara
kecil yang lain dalam kehidupan kamu", jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya
yang tersendiri.


"Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah
tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan,
jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan
remeh... pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk
perkara-perkara yang penting dan bermanfaat", Dr. Izwan menyambung.


Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, "Habis... air kopi tu melambang apa
pula?". Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu semua,
ketahuilah bahawa kamu masih lagi punya waktu untuk minum secawan kopi bersama
ibubapamu.


Wahai kawan-kawanku sekalian... jika kamu berasa kehidupan ini terlalu banyak
perkara yang perlu diuruskan sehingga anda merasakan masa selama 24 jam itu
tidak cukup... sebenarnya anda silap! Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman
di dalam hati... tentukan yang mana satukah prioriti. Jangan lupa fahami
sedalam-dalamnya tafsiran surah Al-'Asr...

2 comments:

Anonymous said...

mana abg dapat cerita ni ha?

zhafkow_hadrin said...

haa.. ade la dayah.. ne leh gtw.. hehe.. ok x kisah nie?