‘Abd Allah ibn ‘Amr radhiallahu 'anh menerangkan bahawa seorang lelaki  datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata:
“Sesungguhnya  aku datang untuk memberi janji taat setia (bai‘ah) kepada engkau untuk  berhijrah, akan tetapi aku meninggalkan kedua orang tuaku dalam keadaan  menangis.” Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepadanya:
“Kembalilah kepada mereka berdua dan jadikanlah mereka berdua  ketawa (gembirakanlah mereka) sebagaimana kamu jadikan mereka  menangis.”[1]
Berhijrah adalah salah satu  tuntutan Islam yang amat penting. Malah Allah Subhanahu wa Ta'ala  memberi amaran keras kepada sesiapa yang enggan berhijrah tanpa alasan  yang munasabah. Firman Allah:
Sesungguhnya orang-orang  yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri  sendiri (kerana enggan berhijrah), mereka ditanya oleh malaikat dengan  berkata:
“Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?”
Mereka  menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi.”
Malaikat  bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu  berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu  keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam  itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
Kecuali  orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta  kanak-kanak,
yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk  melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk  berhijrah). Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah  maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.  [al-Nisa’ 4:97-99]
Termasuk orang yang  dimaafkan kerana tidak berhijrah adalah sebagaimana hadis di atas,  dimana jika berhijrah akan menyedihkan ibubapanya, maka yang lebih utama  adalah dia tidak berhijrah dan kembali menggembirakan mereka.
Dalam  hadis ini terkandung petunjuk bahawa menggembirakan ibubapa adalah  salah satu daripada tuntutan agama. Oleh itu janganlah kita melakukan  sesuatu tindakan yang menjauhkan ibubapa daripada kegembiraan, apatah  lagi jika ia menyedihkan mereka. Tidak ada cara yang terhad untuk  menggembirakan ibubapa, asalkan ia tidak melibatkan sesuatu yang  dilarang oleh syari‘at. Kerap kali menghubungi mereka, sering kali  menziarahi mereka, membawa mereka bercuti, membelikan mereka hadiah  adalah beberapa contoh cara kita boleh menggembirakan ibubapa.  Meninggalkan mereka kesunyian, tidak menjengok mereka, tidak prihatin  akan hal ehwal mereka, bercakap dengan nada yang keras, memarahi mereka  adalah beberapa contoh tindakan kita yang
 
No comments:
Post a Comment