Bermula dari Florida, membawa ke Miami, Puerto Rico dan seterusnya ke 
Pulau  Bermuda, bentuk terkuat yang diketahui oleh manusia telah 
terhasil  iaitu tiga segi. Piramid berbentuk tiga segi, maka ia kukuh 
hingga  kini. Kalau kita ambil kayu dan ikatkan menjadi bentuk tiga segi 
ia  sentiasa lebih kuat daripada yang berbentuk empat segi. Begitulah 
istimewanya  tiga segi tetapi dalam masa yang sama ia juga menyimpan 
misteri. 
Bermuda  Triangle berbentuk tiga segi dan ia cukup menakutkan. Anda 
tentu  pernah mendengar tentang misterinya Bermuda Triangle. Paling 
tidak  kehilangan skuadran TBM Avengers sebaik sahaja berlepas dari Fort 
Lauderdale,  Florida pasti mendatangkan pelbagai tanda tanya. Apa yang 
ada di  Bermuda Triangle? 
Dikatakan apabila anda berada di sana, kompas  tidak lagi menujukkan 
arah ke utara. Anda dikira ‘hilang’ . Satu  lagi tempat dikenali 
sebagai "Devil's Sea" oleh ahli pelayaran Jepun  dan Filipina terletak 
di luar dari kawasan pantai laut Jepun, juga  dikatakan memiliki 
keanehan serupa. 
Pada ketinggian 25,300  kaki dan masih mendaki untuk mencapai 29,000 
kaki, sebuah jet turbo  yang dikendalikan oleh Verdi dan Lukaris 
kelihatan okey. Radar di  menara kawalan masih menujukkan di mana mereka 
berada. Semuanya  kelihatan normal. Tiba-tiba ia ghaib begitu sahaja, 
seolah-olah  tidak pernah wujud sebelum itu. Tidak ada tanda-tanda 
menunjukkan ia  jatuh ke laut atau menghadapi apa-apa kesukaran. Ia 
tiba- 
tiba  ghaib! 
Apa yang sebenarnya telah berlaku? 
Teringat saya  pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah 
bahawa  Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya, “Apabila salah 
seorang  berada di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedang 
bersinar,  lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian 
dari  dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat 
sejuk,  maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu).” 
Dikatakan,  larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang 
paling  digemari oleh syaitan. Jadi apa kaitannya dengan Bermuda 
Triangle?  Kawasan ini terletak di perairan Atlantik di pertengahan 
antara  benua Amerika Utara dengan Afrika. Secara mudah, lokasi ini 
adalah  kawasan pertembungan dua arus – panas dari Afrika dan sejuk dari 
Amerika  Utara. 
Dengan hadis ini maka terjawablah misteri Bermuda  Triangle. Perkara- 
perkara aneh yang berlaku itu tentu antara lain  disebabkan pertembungan 
antara panas dan sejuk dan ‘istana’ syaitan  yang mungkin tersembunyi di 
situ. 
Malah saya pernah membaca  sebuah buku bertajuk “Dajjal akan Muncul dari 
Kerajaan Jin di Segi  tiga Bermuda” oleh Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari 
Mesir yang  mendedahkan bahawa kawasan Bermuda Triangle adalah kawasan 
jin di  mana dari situlah akan muncul dajjal. Jika benar dakwaan buku 
ini,  tidak syak lagi apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. itu nyata 
mendahului  zaman. Sekali gus ia membuktikan Islam memiliki semua 
jawapan untuk  semua persoalan. 
Masihkah anda hendak berdolak-dalik? Mari  sama-sama merenung dan 
melihat.
 
No comments:
Post a Comment